Monday 8 June 2015

Sedikit sebanyak tentang teknologi hijau

Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan

Definisi Teknologi Hijau 
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Kriteria Teknologi Hijau 
Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;Menjimatkan tenaga dan sumber asli; danMenggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Thursday 4 June 2015

malaysia kekal berdaulat

hai yaww.....this is another topic in pengajian am in first term.....


Penggal 1 _ Malaysia Kekal Berdaulat

Sukatan Pelajaran Secara Rengkas

1. Negara Berdaulat

        - konsep dan ciri


 Konsep
- mempunyai sempadan yang diiktiraf antarabangsa
- mempunyai sistem pemerintahan yang baik
- mempunyai penduduk yang tetap
        
 Ciri
 - telah merdeka dan bebas dari jajahan
-  berkusa sendiri 
-  berwibawa
-  beridentiti
     
  - pembentukan Negara Malaysia

2. Perlembagaan Persekutuan

        - Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

3.  Sistem dan struktur pentadbiran

       
Sistem 
 Demokrasi Berparlimen
 Raja Berperlembagaan
Struktur
 Pentadbiran (Eksekutif)
 Perundangan
 Kehakiman
 Bidang Kuasa
 Senarai Persekutuan
 Senarai Negeri
 Senarai Bersama

4. Demokrasi dan Pilihan raya
       - Peranan dan bidang
       - Kuasa suruhanjaya
       - Pilihan raya
       - Proses pilihan raya

5. Tadbir urus negara

      - takrif dan ciri-ciri
      - sistem dan struktur pentadbiran

 Struktur Pentadbiran
 - Yang di Pertuan Agong
-  Majlis Raja-Raja
-  Suruhanjaya
-  Ketua Audit Negara
-  Kabinet
- Kementerian
- Perbadanan Awam
- Majlis Penyelerasan
- Sumber Kewangan
     
 Sistem Pentadbiran
 - Kerajaan Persekutuan
-  Kerajaan Negeri
-  Kerajaan Tempatan
      - pelaksanaan
      - kepentingan dan cabaran tadbir urus baik

 Kepentingan
- Globalisasi
- Daya Saing
 Cabaran
 - Sistem Penyampaian Khidmat Awam
-  Integriti
-  Pembangunan Modal Insan



1. Negara Berdaulat - Dibawah topik ini pelajar harus mendalami dua perkara iaitu konsep dan ciri negara serta pembentukan negara Malaysia

KONSEP NEGARA
Apa itu Negara?

Negara adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tetap dan berdaulat , sempadan yang diiktiraf dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Cara pembentukan sebuah Negara 
Cara pembentukan setiap negara di dunia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Walau apapun sejarah pembentukannya, terdapat beberapa ciri yang harus di patuhi untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara. Ciri-ciri ini adalah ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Ciri-ciri utama yang harus dimiliki untuk diik  tirafkan sebagai sebuah negara adalah mempunyai:
i. sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa
ii. penduduk yang tetap
iii. kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam
iv. kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di mana bebas dari naungan penjajah
v. hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan
vi. Lambang negara antaranya seperti perlembagaan, agama rasmi, dan simbol
vii. kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan antarabangsa
viii. kemudahan sosial seperti pendidikan

SISTEM KERAJAAN SESEBUAH NEGARA
Pembentukan sesebuah negara selalunya bukannya terdiri daripada satu kawasan pemerintahan tetapi terdiri daripada lebih dari satu kawasan pemerintahan (beberapa negeri bercantum untuk menjadi sebuah negara. Contohnya Malaysia adalah cantuman 14 buah negeri). Percantuman sebegini berlaku secara sukarela ataupun dicantumkan secara paksa oleh kuasa penjajah. Percantuman sebegini membawa pada dua kuasa pemerintahan iaitu pentadbiran kerajaan “pusat” dan juga kerajaan “negeri”. Kerajaan merujuk kepada institusi yang akan mentadbir dan mengurus hal-ehwal negaranya .Corak pembahagian kuasa kerajaan pusat dan negeri membawa pada jenis sistem kerajaan negara tersebut. Sistem–sistem kerajaan yang terdapat di dunia adalah:

i. Kerajaan Persekutuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- kuasa politik dibahagi di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- berlaku perkongsian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri
- kerajaan pusat mempunyai autonomi terhadap beberapa perkara dan begitu juga dengan kerajaan negeri
- tiada berlaku penindasan kuasa oleh satu pihak terhadap pihak yang lain
- Contoh negara yang mengamalkan sistem ini adalah Malaysia, India, Amerika Syarikat dan Kanada

ii. Kerajaan Konfederasi
- negara juga dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- namun tidak berlaku perkongsian kuasa
- kuasa kerajaan sepenuhnya terletak pada kerajaan negeri
- kerajaan pusat hanya mempunyai kuasa terhad sahaja
- kerajaan ini tidak wujud lagi pada masa kini
-contoh: Konfederasi Jerman Utara 1867-71

iii. Kerajaan Kesatuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan  kuasa politik beberapa negeri
- juga tidak berlaku perkongsian kuasa
- kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
- kerajaan negeri mempunyai kuasa yang terhad
- kerajaan pusat berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan di peringkat negeri
- Contoh: Denmark ,Britain,Sweden, New Zealand, Perancis dan Norway.

BENTUK NEGARA
Selain dari sistem kerajaan , bentuk sesebuah negara juga dibezakan mengikut ketua negara tersebut. Setiap negara diasaskan mengikut salah satu daripada jenis kerajaan seperti yang dijelaskan di atas iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan kesatuan ataupun kerajaan konfederasi. Selain dari iti, setiap negara juga mempunyai seorang ketua di mana beliau memegang jawatan sebagai ketua negara. Ketua negara boleh dianggap sebagai simbol kedaulatan negara tersebut. Dalam dunia terdapat dua jenis ketua negara iaitu:

a. Raja atau Ratu – Negara yang mempunyai seorang raja atau ratu sebagai ketua maka ianya dikenali sebagai Negara Beraja. Negara-negara beraja boleh dibahagikan lagi kepada dua iaitu:
                       i. Raja Mutlak
                       ii. Raja Berperlembagaan

b. Presiden – Negara-negara yang tidak mempunyai raja akan diketuai oleh seorang presiden. Negara yang diketuai oleh seorang presiden dikenali sebagai Negara Republik. China adalah sebuah negara republik kerana diketuai oleh seorang presiden manakala Malaysia pula adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan kerana diketuai oleh seorang raja (Yang Dipertuan Agong).

IDEOLOGI KERAJAAN SESEBUAH NEGARA
Setiap Negara yang dibentuk harus juga mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh. Ini juga merupakan suatu ciri utama sebuah Negara. Sebuah kerajaan yang baru dibentuk boleh memilih ideologi kerajaan mereka. Di antara ideologi kerajaan yang terdapat di dunia adalah :-

a. Demokrasi
- rakyat mempunyai suara mutlak ( melalui pilihanraya)
- konsep “kerajaan untuk rakyat dan oleh rakyat
- kebebasan persamaan dan hak-hak
- sistem pilihanraya
- kemenangan berasaskan jumlah undi yang terbanyak bagi individu atau parti politik
- utamakan kebebasan,persamaan dan hak-hak rakyat
- mula diamalkan oleh orang-orang Yahudi di Athens

b. Komunisme
- diperkenalkan oleh Karl Marz, Lenin Stallin dan Mao Ts Tung
- melaungkan slogan “sama rata, sama rasa’
- faktor pengeluaran dan milik rakyat dihakmilikan oleh negara
- Kini hanya diamalkan dengan sepenuhnya di Cuba

c. Fasisme
- diperkenalkan oleh Mussoli dari Itali
- kuasa mutlak di tangan pemimpin negara
- raykat diwajibkan untuk berkorban untuk pemimpin

d. Nazisme
- diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman
- menghalalkan kekejaman

e. Sosialisme
- negara mengamalkan dasar tutup pintu
- matlamat asas untuk menghakmilikan semua kekayaan menjadi hak negara

f. Autokratik
- mempunyai persaingan politik yang terhad
- pemimpin-pemimpin menekankan kepada nasionalisme
- biasanya menggunakan paksaan, kekerasan dan ugutan untuk memperoleh kepatuhan dan kesetiaan rakyat
- kebebasan media dan kehakiman dikawal rapi

Kebanyakan negara di dunia menggunakan sistem kerajaan berideologi demokrasi.
Ideologi komunisme terkenal pada satu masa dulu namun dengan robohnya blok Soviet Union maka kemasyhuran komunisme mula berkurangan dan kebanyakan negara yang pada satu masa dulu mengamalkan ideologi komunisme kini mengamalkan ideologi demokrasi.



Ciri-Ciri Negara Malaysia



Sejarah Pembentukan Malaysia

SEJARAH RENGKAS PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA

1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka

            Walaupun terdapat petempatan dan pemerintahan sejak awal namun sejarah Malaysia selalunya dikaji bermula dari Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400an boleh dikategorikan sebagai sebuah negara  di mana kesultanan tersebut mempunyai sempadan, penduduk yang tetap, satu sistem kerajaan, simbol kedaulatan dan hubungan diplomatik. Melaka pada masa itu boleh dianggap sebagai sebuah‘negara’ kesatuan dan beraja mutlak. Kedaulatan Melaka telah bertakhta lebih kurang 100 tahun iaitu sehingga dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.

2. Zaman Penjajahan Portugis

            Bermula dari kedatangan Portugis pada tahun 1511 , Melaka dan beberapa buah negeri Melayu yang lain telah  berada di bawah kuasa penjajahan Portugis. Sewaktu penjajahan kedaulatan negeri-negeri Melayu tergadai. Portugis telah berkuasa sehingga 1641. Selepas Portugis Belanda pula menjajah Melaka dari 1641 sehingga 1824.  Selepas Belanda negeri-negeri tanah Melayu telah berada di bawah jajahan British sehingga 1957.

3. Zaman Penjajahan Belanda
            Belanda telah menjajah Melaka dari 19641 hingga 1824.

4. British di Tanah Melayu

1796 
Bitish memperolehi Pulau Pinang. Negeri Kedah telah menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat                  Hindia Timur.
1819 
British telah berjaya untuk mendaptkan Singapura.         
1824
Memperolehi kedaulatan sepenuhnya terhadap Singapura dari Johor dan juga mendapatkan Melaka selalui Perjanjian Inggeris Belanda. Perjanjian ini juga telah membahagi nusantara Melayu kepada dua bahagian di mana bahagian diambil oleh Belanda dan satu lagi oleh British.
1826 
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dicantumkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat
1846
Pulau Labuan telah menjadi sebuah tanah jajahan British selepas diserahkan oleh Sultan Brunei.
1874
Perak menerima seorang wakil British selepas menandatangani Triti Pangkor.Juga seorang pegawai British telah dihantar untuk menolong Sultan Selangor dalam pemerintahan. Sungai Ujong (salah sebuah daripada sembilan buah negeri kecil yang kemudiannya bersatu menjadi Negeri Sembilan) menjadi naungan British juga
1887
Pahang menerima seorang wakil British
1888
Kedua-dua Sarawak dan Borneo Utara telah menjadi negeri-negeri naungan dan kekal sehingga 1941
1889
Negeri Sembilan telah dibentuk dan menerima seorang wakil British.
1895
Perak, Selangor, negeri Sembilan dan Pahang telah bersatu untuk menubuhkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. (Persekutuan pertama di Semenajung)
1909
Mengikut Triti Siam telah memindahkan hak pertuanan, perlindungan dan pentadbiran Kedah,Perlis,Kelantan dan Trengganu kepada Britain. Seorang pegawai dilantik untuk setiap negeri tersebut1914 -  Negeri Johor menerima seorang pegawai. Kelima-lima negeri mempunyai badan perundangan,pentadbiran dan kehakiman masing-masing sehingga Perang Dunia Kedua.
1941 
Perang Dunia Kedua dan tanah Melayu berada di bawah pemerintah tentera Jepun
1945
Perang Dunia Kedua tamat
1946
British kembali ke Tanah Melayu dengan cadangan Malayan Union.Negeri Melaka, Pulau Pinang dan sembilan negeri Melayu yang lain akan bercantum dibawah satu pemerintahan. Pembentukan Malayan Union telah ditentang oleh rakyat khasnya orang-orang Melayu.
1948 
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dengan persetujuan semua pihak. Percantuman Semenanjung Melayu buat pertama kali tetapi tidak memenuhi syarat Negara.
1957
Kemerdekaan daripada British. Tanah Melayu telah diistiharkan sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan diterima menjadi ahli PBB.
1963
Pembentukan Malaysia di mana Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Sabah dan Sarawak telah bercantum
1965
Singapura keluar dari cantuman Malaysia .

Proses Pembentukan Malaysia


Topik 2 -KONSEP PERLEMBAGAAN

Takrif dan konsep perlembagaan
- K. Ramanathan (1989):
- “prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian”.

PENGENALAN

• Perlembagaan ditakrifkan sebagai satu kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah khasnya eksekutif, perundangan dan kehakiman.
• Setiap negara mempunyai sejarah pembentukan perlembagaannya.

JENIS PERLEMBAGAAN

Terdapat dua jenis perlembagaan di dunia iaitu:-
1.Perlembagaan bertulis-Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan
2.Perlembagaan tidak bertulis-Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis undang-
undang tanpa sekatan. Kuasa tertinggi terletak pada Parlimen dan bukan
pada perlembagaan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA
• Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

• Hal-hal pentadbiran negara tertera di dalam perlembagaan. Ketertinggian Perlembagaan Malaysia 
   menggambarkan beberapa ciri.
• Di antaranya adalah:
i. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.
ii. Perlembagaan harus dijadikan sebagai panduan dalam menggubal undang- undang negara
iii. Sebarang penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal 
    setakat mana yang bercanggah
iv. Parlimen dan badan perundangan lain seperti Dewan Undangan Negeri, pihak eksekutif dan kehakiman 
     juga mendapat bidang kuasa masing-masing dari perlembagaan.
v. Ketua negara iaitu Yang Di Pertuan Agong juga menjalankan tugasnya mengikut Perlembagaan.

Mengenali Kandungan Perlembagaan Malaysia 

• Perlembagaan Malaysia mempunyai 183 Perkara. Setiap perkara dibahagikan kepada beberapa fasal. 
   Selain dari itu perlembagaan juga mempunyai 13 jadual.
• 183 Perkara dalam perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian.
Peruntukkan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia

• hak asasi
• kewarganegaraan


Topik 6 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN  NEGARA


Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Malaysia adalah sistem Demokrasi Berparlimen dan Sistem Raja Berperlembagaan.

Struktur pemerintahan negara mempunyai tiga badan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman

Yang Di Pertuan Agong

Yang di pertuan agong from munnianwar

Majlis Raja-Raja




Jabatan Perdana Menteri



Kementerian



Kerajaan Negeri



Badan Perundangan




LATAR BELAKANG KEHAKIMAN MALAYSIA

- Perlembagaan menentukan doktrin pengasingan kuasa antara ketiga-tiga badan ini.
- Perlembagaan menentukan bidang kuasa kehakiman dan mahkamah.
- Badan Kehakiman mengimbangkan kuasa antara badan Perundangan dan badan Eksekutif
- Kehakiman bebas daripada kawalan badan-badan perundangan dan eksekutif serta politik semasa  
   menjalankan tugasnya.
- Ketua Hakim Negara adalah ketua dalam badan ini yang mengetuai semua hakim.
- Teradapat dua kumpulan mahkamah dalam sistem kita iaitu Mahkamah-mahkamah Awam dan  
   Mahkamah- mahkamah khas
- Mahkamah Awam membicara kes-kes untuk orang awam tanpa kira pangkat, umur, jawatan atau  
   pekerjaan. Hukuman adalah sama untuk semua.
- Mahkamah-mahkamah Khas pula membincarakan kes mengikut fungsi tertentu.Contohnya Mahkamah 
  Syariah hanya membicarakan kes-kes yang berkaiatan dengan agama Islam dan hanya membicarakan 
  orang-orang yang beragama Islam sahaja.

PENTADBIRAN MAHKAMAH
- Ketua Pentadbir mahkamah-mahkamah adalah Ketua Pendaftar. Pejabat ketua pendaftar mengendalikan  
   perkara-perkara keadilan dan pentadbiran di Mahkamah.
- Ketua pendaftar dibantu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan 
   Pendaftar mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
- Pejabat pendaftar adalah dibawah kawalan Jabatan Perdana Menteri
- Ketua pendaftar mentadbir mahkamah di bawahnya
- Setiap jenis mahkamah mempunyai ketua pendaftarnya sendiri
- Ketua pendaftar setiap mahkamah bertanggungjawab terus kepada Ketua Hakim Negara dan beliau 
  dibantu oleh timbalan-timbalan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai pentadbir dan pegawai-
  pegawai lain di mahkamah.

FUNGSI-FUNGSI KEHAKIMAN

 Badan kehakiman bertanggungjawab untuk:
- mentadbir keadilan kes sivil dan jenayah secara saksama
- melindungi hak-hak asasi rakyat daripada sebarang pencabulan oleh pihak individu atau kerajaan.
- mentafsirkan undang-undang
- badan kehakiman juga berkuasa untuk mentafsir Perlembagaan Persekutuan.
- pihak mahkamah boleh mengistiharkan sesuatu undang-undang atau  tindakan badan perundangan atau  
    eksektif tidak sah.
- badan kehakimana juga mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggahan
    dengan Perlembagaan setakat mana  yang bercanggah.
- boleh membicarakan kesalahan yang berlaku di atas kapal terbang atau laut yang didaftarkan di      
   Malaysia.
- menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu dan antara individu dengan pihak kerajaan

TADBIR URUS NEGARA

HAI YAWW.....CHAI BOO ARE HERE......

ok hari nie chai nk kongsikan satu lagi tajuk drpd pengajian am penggal 1 iaitu tadbir urus negara
hope this gonna be enough for you all...

Tadbir UruHAs Negara


TADBIR URUS NEGARA
Takrif Tadbir Urus Negara Yang Baik
Tatacara seorang menteri, ketua setiausaha, ketua jabatan, ketua eksekutif dan pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil
Stuktur, budaya, dasar dan strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan
Proses bagaimana agensi awam diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang ditetapkan
Objektif Tadbir Urus Yang Baik
Untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyatterhadap keupayaan kerajaan dalam melaksanakan dasar yang telah diamanahkan
Untuk mengekalkan akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam
Ciri-Ciri Tadbir Urus Negara Yang Baik
Dari segi prestasi-perkhidmatan secara cekap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh stakeholders di samping memastikan value for money dan pengurangan pembaziran sumber dana
Pematuhan-setiap agensi mematuhi undang-undang, peraturan, piawaian yang diguna pakai dan harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti dan integiriti serta kewajipan perkongsian maklumat secara telus
4 Prinsip Tadbir Urus Terbaik
Integriti-jujur, tatasusila yang tinggi, bertanggungjawab
Akauntabiliti-bertanggungjawab atas semua tindakan dan keputusan
Amanah/stewardship-melakasanakan apa yang diamanahkan
Telus-meyakinkan orang ramai
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN
Sistem Dan Struktur  Pentadbiran
Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan dan beberapa buah Kerajaan Negeri
Kedua-dua kerajaan menjalankan tugas berdasarkan kuasa dalam Perlembagaan Malaysia
Bidangkuasa Kerajaan Persekutuan
Dari segi pemerintahan terdapat pembahagiaan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan pertindihan kerja dan memudahkan kawalan
Senarai Persekutuan/Kuasa Mentadbir Persekutuan
Hal ehwal luar negara
Pertahanan
Keselamatan dalam negara
Undang-undang sivil dan jenayah
Pentadbiran keadilan
Kewarganegaraan
Jentera kerajaan
Kewangan
Kerja raya dan bekalan kuasa
Perdagangan dan perusahaan
Perkapalan
Perhubungan dan pengangkutan
Pelayaran dan perikanan
Siasatan,kajian dan penyelidikan
Perubatan dan kesihatan
Kebajikan orang asli
Pelajaran
Hari kelepasan am
Perumahan
Pelancongan
Akhbar,terbitan dan penerbit
Pawagam dan tempat hiburan
Perkhidmatan bomba dan penyelamat
Senarai Bersama
Kebajikan masyarkat
Biasiswa
Perlindungan binatang dan burung liar
Taman negara
Penternakan
Perancangan Bandar adan kampong
Kutu rayau dan penjaja beredar
Kesihatan awam
Kebersihan dan pencegahan penyakit
Perparitan dan pengairan
Pemulihan tanah lombong
Perkahwinan
Penjagaan anak
derma

Tuesday 2 June 2015

PENGAJIAN AM PENGGAL 1 BAB 2 Pengenalan Perlembagaan

HAI YAWW.... ASSALAMMUALAIKUM...KALI INI CHAI BOO INGIN BERKONGSI TENTANG PENGAJIAN AM PENGGAL 1 BAB 2

Pengenalan Perlembagaan 
• Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara
• Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
• Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara

Perlembagaan Malaysia 


• Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

• Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan :


“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama
 Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang
 diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang
 berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah
 terbatal setakat berlawanan dengan itu”.

  Perkara 4(1)


• Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

• Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia kembali



 
Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.

Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:

• 1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

• 1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

• Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

• 1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

• Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

• Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

• Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

• Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan kembali



 
• Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

• Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

- agama Islam sebagai agama rasmi;
- kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
- kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
- soal kerakyatan.

• Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:

  Perkara 1 hingga 4
  Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi
  Persekutuan

  Perkara 5 hingga 13
  Kebebasan Asasi

  Perkara 14 hingga 22
  Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)

  Perkara 23 hingga 28A
  Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)

  Perkara 29 hingga 31
  Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)

  Perkara 32 hingga 37
  Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)

  Perkara 38
  Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)

  Perkara 39 hingga 43C
  Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)

  Perkara 44 hingga 65
  Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan
  Persekutuan)

  Perkara 66 hingga 68
  Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)

  Perkara 69
  Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak
  Dan guaman )

  Perkara 70 hingga 72
  Negeri-negeri

  Perkara 73 hingga 79
  Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri
  (Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)

  Perkara 80 hingga 81
  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
  (Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)

  Perkara 82
  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
  (Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)

  Perkara 83 hingga 91
  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
  (Bab 4 – Tanah)

  Perkara 92
  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
  (Bab 5 – Pembangunan negara)

 Perkara 93 hingga 95
 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
 (Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan
 pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)

 Perkara 95A hingga 95E
 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
 (Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)

 Perkara 96 hingga 112
 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)

 Perkara 112A – 112D
 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian
 Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)

 Perkara 113 hingga 120
 Pilihanraya

 Perkara 121 hingga 131A
 Perhakiman

 Perkara 132 hingga 148
 Perkhidmatan Awam

 Perkara 149 hingga 151
 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan
 Kuasa-kuasa Darurat

 Perkara 152 hingga 160B
 Am dan Pelbagai

 Perkara 161 hingga 161H
 Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak

 Perkara 162 hingga 180
 Peruntukan Sementara dan Peralihan

 Perkara 181
 Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja

 Perkara 183 hingga 183
 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja


Beberapa Perkara Asas Perlembagaan kembali



 

• Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.

Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.


• Kedudukan Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).


• Kedudukan Bahasa Melayu

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.


• Kedudukan Istemewa Orang Melayu

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :
- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)

- ekonomi : Perkara 153 (6)

- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

- Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.

- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).


• Kewarganegaraan

Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras.Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

- Perolehan Kewarganegraan :
  Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)

- Penamatan Kewarganegaraqan
Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)

-Peruntukan Tambahan
Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)

Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan sesorang itu boleh hilang kewarganegarannya:

-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan
 dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan
 daripada negara lain

-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan
 dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada
 negara.



• KEBEBASAN HAK ASASI

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak-Hak Asasi ini meliputi :

Perkara 5 : Kebebasan Diri

Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan
 buruh paksa)

Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang
  Jenayah

Perkara 8 : Hak Kesamarataan

Perkara 9 : Hak Kebebasbn Bergerak

Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

  Perkara 11 : Kebebasan Beragama

  Perkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan

  Perkara 13 : Hak Terhadap Harta

Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya haka-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:

• Perkara 149 – Perbuatan Subversif
• Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat
• Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
• Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975
• Dan beberapa akta lain.

http://pmr.penerangan.gov.my/article.cfm?id=233 6 okt 08

April 16, 2008...8:39 pm
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial
Jump to Comments

Salam semua,
Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel mengenai Ketuanan Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang ramai faham mengenai perkara di atas. Ini disebabkan menurut beliau, rata-rata generasi muda melayu tidak faham mengapa ketuanan melayu harus dipertahankan. Penulis membuat sedikit carian dan kajian mengenai Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan isu mengenai Ketuanan Melayu harus dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153 dan kontrak sosial Malaysia harus dipostkan kerana ia saling mengaitkan antara satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan lawnet.
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.
Ketuanan Melayu
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).
Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.
Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Kontrak Sosial
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.
Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]
Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.
Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”
Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??
Terkini:
Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.
Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu. Penjelasan ini dipetik dari blog LKS.

Monday 1 June 2015

Kemahiran belajar

ASSALAMMUALAIKUM KALI INI SAYA INGIN BERKONGSI SATU SUB-TOPIK PENGAJIAN AM PENGGAL 1 BAHAGIAN A...


Penggal 1- Kemahiran Belajar



Pengenalan

Pelajar harus sedar mengenai kepentingan dan ketepatan maklumat. Kemahiran belajar akan membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan yang bermanfaat dengan cepat.
Kemahiran Belajar
Terdapat 6 elemen dalam kemahiran belajar iaitu 
i. Kemahiran mencari maklumat
ii. Kemahiran menyoal
iii. Kemahiran menganalisis maklumat
iv. Kemahiran berfikir secara kritis
v.  Kemahiran menyelesaikan masalah
vi. Kemahiran komunikasi berkesan


1. Kemahiran mencari maklumat


2. Kemahiran menyoal


 


3. Kemahiran menganalisis maklumat

 


4. Kemahiran berfikir secara kritis
 


5. Kemahiran menyelesaikan masalah

 


6. Kemahiran Komunikasi berkesan